Monday 30 November 2015

0
Komen
Penang Bridge International Marathon 22 November 2015




Assalamualaikum Dan Salam 1 Dunia...

Yang dikasihi dan disanjungi iaitu Seniman Melayu,pemimpin khalifah Tanah Melayu seMalaysia serta Syeh Obama selaku penasihat wali - wali melayu..Semoga bumi  Malaysia semakin aman dan majujaya dibawah perjanjian TPPA.....Allahu.........

#takbur!
#takdir!

Panjang pulak Mukadimah...huhu...

Hari ni nak share pasal baru-baru ni aku ada join Penang Bridge International Marathon
22 November 2015. Dengan stamina tak berapa nak cukup, gagah jugak la aku lari.. lari.huhu.Biasa la aku duduk dekat Tanjung Malim dan kawasan jogging pulak dekat Tasik bayu Proton City yang letaknya berhampiran dengan Banjaran Titiwangsa...Asal petang je hujan, asal hujan je petang - petang...Memang port hujan la kawasan tadahan hujan...Asal hujan je petang, asal petang je hujan..

Nak pergi gym korang faham - faham ler, bukan dia murah.. Sekali masuk dan RM7.00, kalau Ahli pun sebulan RM70.Tak lalu ler teman...Selalu time balik kerja je aku terus pergi Tasik Proton City berlari kat sana...Tasik pun agak luas dengan pemandangan yang menyegarkan tambahan pulak ada penyeri - penyeri dari Upsi selalu lepak situ....Cuci mata lerr....Untong2 sangkut sorang....kih.kih.kih........

Garak dari Tanjung Malim dalam pukul 6.00pm, Lepas sampai je terus la pergi cari parking dekat Queens Bay sebab Starting Point die start dekat situ..Tengok info jalan akan ditutup pukul 12.00am tu yang takut tak dapat masuk, sebab confirm ramai orang kalau lewat... Pukul 1.15 sambutan bunga api besar - besaran untuk permulaan acara....Acara dimulakan dengan Full Marathon sejauh 42.195KM..Terpegun jugak sebab first time tengok International Marathon punya,Sebelum ni join yang Men Open Malaysia je macam Melawati Run 10KM, Axa Run 10KM dengan Larian SJ 10KM. Kali ni tengok Kenya lari perghhh mula - mula dah pecut padahal 42.195KM tu...huhu...Tapi tengok sekali lepas ramai giler yang masuk Full Marathon, beribu jugak la...

Pukul 3.00am acara untuk Half Marathon pulak sejauh 21KM pulak..Yang ni pun tengok ramai jugak yang sertai....Macam biasa lah, set - set Kenya la depan..huhu...Kesimpulannya aku yang barai tak dapat tidor...BIla aku  Tapi aku macam tak percaya pun ada sebab aku berjaya lari tanpa henti sepanjang 10KM tu...nak kata slow tak slow sangat la...ade time laju, ade time slow yang pastinya lebih laju dari jogging..huhu...

Jom kita layan gambar dulu... kipiDAP!


Google


Starting Point berhampiran Queens Bay untuk
Full Marathon 49.195KM dan Half Marathon 21KM.


Sambutan bunga api besar- besaran sebelum Larian 
bermula.Larian dimulakan dengan kategori Full Marathon.

Yang mana duduk belakang memang baru nak
boleh berlari...huhu..

 Memang pulun kat Bani Kenya je jawabnya..huhu

Steady la Kak Long Kenya

Winner !!!
ambil masa 2.47 minit je 42.195KM


 Kak Long ni mesti power


Nak Sampai ke Jambatan pun dah seksa,
 baru 5KM rupanya dari starting point..huhu..

      
      Sobri dah dapat Polis, Lepas ni dah kurang 
       la lagi sorang group lari dengan hiking...

   

                             
Lucky Draw
Betuah Amoy menang IRIZ 2 bijik.....