Wednesday 30 January 2013

2
Komen
Mari Belajar Fotografi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Hari ni aku nk update blog ni pasal kamera pulak...aku nak belikan kamera
DSLR boss aku Canon 1100D...ok tak? aku dh test boleh tahanjugak gambar die..
tapi aku tengah pening sekarang ni nak pilih lense yangori ataupun lense Tamron...
Lense Tamron tu xori..made china..tapi mahal jugak..aku tgok resit bos aku beli termasuk
UV filter RM 1060..  perghh...yang Tamron ni 19-200mm.Boleh Zoom jauh tu yang syok...

tapi kalau di compare dengan Lense standard Cannon 18-55mm clear lagi yang
standard nih...lense yang standard ni kualiti die lebih la...tapi xleh zoom jauh plk..kalau
aku nk angkat dua2 kena tambah lagi RM300 plk..sekarang ni die tolak kat aku harga
murah RM 1000.....hurmm mcm mane eh.....



Ni kamera Canon 1100D yang aku dah beli kat Boss aku..
Tengok condition die ok lagi la walaupun second...

Kacak tak kamera ni..huhuhu..dapat jugak aku pakai DSLR...


lagi gambar...

Lense standard Cannon ( Original )..
.aku tgh pening nak ambik Lense ni ataupun Tamron...

 
Inilah Lense Tamron ( made in China )..
18-200mm..tapi gambar cantik jugak..
Tapi lagi cantik gambar guna lense standard...18-55mm..
Ada orang suggest suruh aku ambik Lense Original Canon tu..


 
Ni kamera Nikon plk..ade yang suka pakai Nikon, ade yag suka pakai Cannon.
.Tak taw la mana satu yang terbaik masing2 ada kelebihan dan kekurangan..
Nikon ni orang kata xbrapa bnyk sparepart dia..harga berganda..

Apa pendapat anda dengan Nikon???

Masing- masing ada kelebihan dan kekurangan..aku hrap aku dapat buat pilihan
yang tepat...@@)..harap2 jangan la aku jadi giler gambar..sebab harga lense
die nangis woooo kalau nak yang gambar lawa..macam nak tangkap gambar bunga
apa suma kena pakai lense macro plk..beribu lagi nak beli..huhuhu...
Akhir sekali kalau ada info yang salah dari aku ataupun ada info2 yang lebih tepat.
.sharing2 lah yer....sampai disini saja coretan gue pada hari ini...


Sekian..Assalamualaikum W.B.H....


Monday 28 January 2013

2
Komen
Penamat Silat Besar-Besaran di Proton CIty

Majlis Penamat Silat bagi Pertubuhan Seni Silat Gayung Ghaib Serantau Malaysia



Assalamualaikum..

            Syukur alhamdulillah diberikan kesihatan yang baik untuk menjayakan majlis penamat besar- besaran ini.Semuanya berjalan dengan lancar. Penamat silat besar-besaran ini menggabungkan semua gelanggang bagi Pertubuhan Seni Silat Gayung Ghaib Serantau Malaysia.Antara senarai gelanggang Pertubuhan adalah, Ibu Gelanggang Proton City ( tempat saya belajar silat ), Gelanggang Behrang Stesyen,Gelanggang Maahad Tahfiz Behrang Stesyen, Gelanggang Behrang 2020,Gelanggang Felda Sungai Behrang ( Gelanggang saya dan Gelanggang Cikgu Syafiq serta Cikgu Eikin yg datang membantu) Gelanggang SKTM,dan akhir sekali Ibu Gelanggang Selangor, Pasir Putih, Kalumpang dibawah pimpinan Cikgu Hasnol... Kenangan ini memang tidak dapat ku lupakan.suka dan duka perjuangan ini untuk meneruskan warisan melayu serta berkonsepkan Bersilat dan Berdakwah....


Ni Mesyuarat dekat rumah Datok Mahaguru. Mesyuarat
Terakhir tentang penamat silat besar besaran yang akan
 diadakan pada 26/01/2013.Mesyuarat ini
 pada hari isnin 21/01/2013.

Aku sebagai Penolong Setiausaha Pertubuhan..
.sedang memerah otak..huhu

Suasana pada petang Sabtu sebelum tibanya malam bersejarah
majlis tersebut.Datuk Mahaguru sedang memberi
arahan pada aku...(Xingat arahan apa) huhu...

Buku Program dan Kad Jemputan hasil daripada aku
 Penolong S/U dan Cikgu Eikin Setiausaha.Lepas ni
siapa-siapa nak buat kad jemputan kahwin ker bagi aku.
.dah taw step..cantik tak seperti gambar diatas... @@) huhuhu...

 Akhirnya malam yang dinanti telah pun tiba... Tuan Guru Ismail 
sedang membaca Ikrar Perguruan   dengan penuh semangat!

Cikgu Ajiez(aku) dan CIkgu Syafiq ( Abang Long)..huhu
Jurulatih Kanan daripada Gelanggang Felda Sg Behrang.
Dibelakang adalah anak-anak buah kami.

Antara pesilat - pesilat Gayung Ghaib Serantau Malaysia

Antara Pesilat-Pesilat Junior.

Cikgu Syafiq kiri dan Jurulatih kanan yang lain sedang
 menghadap Mahaguru untuk membuatpersembahan gerak silat,

Ibunda Seri Diraja(Baju Putih),Cikgu Eikin (depan)
,Serikanda Sakti(kanan)depan Sekali atif yg comey..
Penuh seni sembah tari dari Ibunda Seri Diraja,
Ada persamaan Dengan Datok Mahaguru.

Panglima Merah Dan Panglima Putih Daripada
 Persatuan Seni Silat Gayung Ghaib Negeri Perak
(Tetamu Jemputan).


Demo Lakonan pesilat oleh setiap gelanggang


Cikgu Eikin Dan Ain sedang bertarung!


Abang Radzi dan Cikgu Tain...


Seterusnya persembahan Aksi Lasak!!!
Jangan tiru aksi ini dirumah!!!


Salah seorang ahli sedang diuji ketahanan
badannya dengan besi!


Acara tumbuk kelapa!ini bukan Thaipusam taw,
pecah2 kelapa walaupun hari ni Thaipusam...hehehe


Acara Libas tebu dibelakang badan,termasuk saya..huhu.


Memecahkan Bata di atas dada...


Ngeri....
jangan tiru aksi ini dirumah..!!!


Seterusnya adalah acara lompat api!


Bak harimau yang sedang melompat..semangat dan keyakinan
 yang tinggidiperlukan untuk melompat gelung api ini..


Bergambar bersama Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan!!!


Bergambar kenangan beramai - ramai dengan setiap gelanggang...


Akhir sekali aku tunjukkan Demo Cikgu Ajiez (aku) vs Cikgu Syafiq
gambar agak gelap ckit ler..huhu..layan jer lah..zaaaaassssss.......


     Akhir sekali Terima kasih pada yang melihat blog saya...Acara Penamat besar - besaran
seperti ini akan diadakan hanya setahun sekali sahaja. Saya masih menunggu gambar -gambar
yang diambil oleh jurugambar kami..Masih banyak lagi  gambar - gambar yang ada..
Bersambung ye.. nanti ade gambar lagi saya tambah lagi.Saksikanlah yang mana ada dahulu..

     Peace Y
Assalamualaikum...